Tuesday, April 06, 2004

klakar tak.. klakar tak??

NENEK JUAL TOPI

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang
agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma
jual topi saja (dulukan orang menuai secara
manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari
panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput
'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak
macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah
ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di
pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari
'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah
satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil
mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih,
tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun la
dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia
...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti
pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi
sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la
dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi
topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua
pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik
ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat
topi dia. Dekat- dekat nak 'give-up' juga la orang tua
tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok
monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet
tu pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia
ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas
kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So,
monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa
pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia
dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an'
dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas.
Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap
berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di
ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita
,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi b erjual
topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang
sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari,
secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang
sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-
topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah
dekat petang dah , dia pun bangun dari
tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun
terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas
pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi
dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan
monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak
leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek
dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala,
monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2
tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam
hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi
kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan
harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun
yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah.
Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak
monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi
tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung
pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang
sorang aja ada nenekkkkk...?"

No comments: