Wednesday, March 09, 2016

Let's Pack That Travel BackPack!

Looking at the past trend, blog iols ni dah jadi blog percutian la nampaknya.. Huhu..
Itu pon lepas setahun balik dari bercuti belom tentu blog dah update :P 
 
So mari kita bercerita pasal salah satu element yg paling penting bila bercuti. Travel backpack.
 

Actually aku pon masih belajar lagik how to "travel light".
Bila dah tua bangka ni By now aku memang dah give up dah nak travel backpacking style ke hapa.
Tapi setiap kali pergi overseas travel memang aku akan bawak backpack sorang satu.
 
Tapi sejak dah jadik mak beranak dua nih, bagpack I ngan Leman berat macam batu ok. Tah hapa2 la kitaorg hangkut. Pehtu kalau si Baem makan bersepah nak carik wetwipes dah tak jumpa :P
 
So ni tips2 nak meringankan travel backpack aku kita semua
 
#1: Keluarkan berat berlebihan pada beg anda misalnya besi yang digunakan untuk memberi sokongan pada beg (hiking beg). 
 
Ko nak buat apa travel bawak besi Jah. Huhu. Tapi tips nih tak berapa nak berguna utk aku sebab jangan kata hiking bag, Hiking pon aku tak pernah pegi :P
 
#2: Jangan bawa barangan yang anda tidak perlukan!
 
Haaa.. Yang ni payoh. Semua aku rasa aku perlu. Botol susu 3, pampers 8, mekap satu bunjut, toys Baem ngan Ilyas nak main atas kapal terbang.. etc.. etc.. Kalau tin milo muat pon mau aku angkut sekali :P
 
Tapi actually, berdasarkan pengalaman aku sendiri, botol susu tu bawak 2 sudah la, yg lain masuk la kat luggage bag kan, pampers pon ko agak2 la, setakat aku nak fly distance 4 jam takyah la aku hangkut seguni kan.. pehtu mainan paling stress. Dah la mainan budak2 ni berat2, pehtu kalau aku bagi dia main utk distract dia pegang la maximum 5 minit sebelom humban ke lantai! Huhuhu.. Fineee boys.. Fineee... Lepas ni main je sudu garpu plastic dalam kapal terbang tu.
 
#3: Kemas pakaian anda terlebih awal dan jangan lakukan ‘last minute’ ini kerana anda akan membawa segala barangan yang anda rasakan ‘perlu’.
 
Yang ni aku dah terer sikit. Usually aku amik je "segunung" baju utk setiap sorang, lepas tu aku pilih lagi untuk second stage.. Rule of thumb dia at least tinggalkan separuh, err tapi aku belom terer tahap tu.. Aku dah mampu ketepikan 3-5 helai tu pon dah kira bagus la tu kan.. Hehe.. Plus knowing me, kat tempat bercuti tu nanti confirm aku shopping baju baru :P 
 
#4: Jika anda pergi bercuti bersama rakan-rakan, bahagikan sama rata barangan yang
harus dibawa yang boleh digunakan bersama.
 
Rakan bercuti aku sejak kawen harus la ngan Leman kan. Tapi sebab aku kategori rakan "special" dia, harus berat backpack dia mesti melebihi berat bag pack aku :P. Takpe, Leman macho. Hehe. Tu kira dah bertoleransi la tu utk kebahagian rumah tangga kan. Kalau ikut hati aku bagi dia bawak semua senang aku nak shopping jalan lenggang kangkung. Hehehe...
 
#5: Jangan beli travel backpack yang terlalu besar kerana semakin besar saiz beg, semakin banyak barangan yang ingin dibawa.
 
Jangan jugak jadi macam aku.. Setiap kali nak pi bercuti mula la gatal tangan nak beli backpack baru dengan alasan nak bawak pi bercuti.. Belom pon naik kapalterbang duit dah banyak abes.. Hehehe..
 
#6: Jangan bawa pakaian yang basah kerana ia akan menambahkan keberatan muatan beg tersebut.
 
Sorry Baem, Mummy's gonna follow this tip. You no swimming the day before berangkat balik. Kalau nak swimming jugak nanti angkat sendiri spender mandi you yg berat tu :P
 
#7: Bawa satu lagi beg kecil seperti sling bag untuk mengisi barangan-barangan penting. Oleh itu, berat tidak akan tertumpu pada 1 beg sahaja.
 
Sling bag rocks. Kalau aku pegi tempat2 yg aku confident tahap keselamatan dia, aku bawak sling back Le Sport Sac aku. Tapi kalau tak berapa yakin, semua document penting and duit aku masuk dalam sling beg yg boleh nyorokkan dalam baju tu..
 
 
Okla youols.. Selamat packing beg masing2.. Kalau takde bag don't worry, click je kat link atas tu sure juling bijik mata with the choices.. Sebagai mengakhiri post ni, iols belanja gambar bag gajah and also bag pack iols bawak masa pergi bercuti kat Jepun December last year.
 
 Nampak tu betapa penting nya backpack.. Bantal busuk Baem pon boleh isi :P

 Ini contoh2 tak reti travel light. Harus merana jiwa raga Leman nak tolak luggage besar gajah tuh naik turun bukit.. sambil iols bagi sokongan moral kat dia.. Harus bernanah jugak telinga iols nak dengar dia membebel lepas ni nak travel bawak backpack jek.. Bahahahahha.. Dream on Husband.. Dream on.. 
 
Happy packing Guys!
 

1 comment:

Anonymous said...

Wahh. Got new posts! ;)

Wanted to follow on IG but was rejected. Hehe.

-Nina-